( Hanya untuk mereka yang telah mengikuti Kursus Tour Leader
Tahap I atau Tahap I & II dan pernah menjadi Tour Leader )
Kursus Pengukuhan Kemahiran Tour Leader adalah berkonsepkan experiential dan Problem Based Learning (PBL) yang diadakan khusus untuk mereka yang telah mengikuti Kursus Tour Leader Tahap I atau Tahap I & II dan pernah menjadi Tour Leader sahaja. Kursus ini dijalankan selama TIGA hari merangkumi latihan teori, latihan amali melalui lawatan sehari ke Singapura serta ujian profesional bagi mengukuhkan lagi kemahiran seorang Tour Leader.
Objektif
1. Mengukuhkan sikap Profesional, Dedikasi serta Bertanggungjawab.
2. Meningkatkan kemahiran mengetuai lawatan:
a) kaedah komunikasi yang efektif
b) kaedah menyelesaikan masalah dengan positif
c) kaedah penyampaian maklumat yang berkesan
3. Sebagai persediaan menggalas tugas Tour Leader yang lebih mencabar.
4. Berkongsi pengalaman mengetuai lawatan.
5. Mendedahkan kepada tugas sebenar Tour Leader melalui lawatan ke Singapura.
6. Meninjau prospek menjadi Tour Leader bagi tahun 2013.
Pengisian Kursus
1. Hari pertama: Seminar Pengukuhan Kemahiran Tour Leader.
2. Hari kedua: Amali MENGETUAI lawatan ke Singapura.
3. Hari ketiga: - Post mortem lawatan ke Singapura.
- Problem solving berkumpulan.
- Ujian public speaking individu.
- Ujian profesional bertulis.
Syarat Penyertaan
Mereka yang telah mengikuti Kursus Tour Leader Tahap I atau Tahap I & II dan pernah menjadi Tour Leader.
Metodologi Latihan
1. Penyampaian secara syarahan.
2. Latihan amali melalui simulasi.
3. Melaksanakan tugasan sebenar melalui lawatan.
4. Problem Based Learning (PBL).
Kandungan Kursus
1. Tanggungjawab & Peranan Tour Leader.
2. Tour Leader Professional, Dedikasi & Bertanggungjawab.
3. Latihan 'Seating Arrangement'.
4. Motivasi - 'Terima Kasih'.
5. Taklimat Insuran.
6. Teknik Menjual Produk Optional.
7. Latihan menggunakan pengangkutan awam di luar negara.
8. Latihan mengurus peserta di tempat lawatan, restoran.
9. Mengurus 'expectation' peserta.
Ujian & Penilaian
Peserta akan menjalani TIGA ujian iaitu:
1. Ujian mengurus lawatan dan peserta rombongan semasa lawatan ke Johor Bahru.
2. Ujian komunikasi 'public speaking' secara individu.
3. Ujian profesional bertulis.
Peserta juga akan dinilai sepanjang kursus berlangsung. Penilaian adalah berdasarkan:
- Ketepatan masa
- Kerjasama antara peserta
- Kesopanan
- Tanggungjawab terhadap tugas
- Disiplin yang tinggi
- Personaliti yang baik
- Komunikasi yang jelas
- Kebolehan menyelesai masalah
Keistimewaan
Mereka yang lulus berpeluang untuk mengetuai lawatan ke destinasi lebih mencabar.
Sijil
Sijil akan diberikan kepada mereka yang lulus sahaja.
Yuran Penyertaan
Yuran penyertaan ialah sebanyak RM780.00 seorang bagi kursus selama TIGA hari yang merangkumi:
- Bayaran tenaga pengajar, fasilitator & konsultan
- Penyediaan dewan kuliah berhawa dingin
- Alat bantu mengajar
- Pengangkutan pergi balik Kuala Lumpur-Singapura-Kuala Lumpur
- Nota dan bahan latihan
- Minum pagi, 2 kali
- Makan tengahari, 2 kali
- Minum petang, 2 kali
Terma & Syarat
1. Setelah menerima permohonan yang lengkap, kami akan mengesahkan penyertaan anda.
2. Bayaran perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh penyertaan disahkan. Resit pembayaran
hendaklah difaks atau diemelkan kepada INZ Vision sebagai bukti.
3. Bayaran tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh kurang dari 14 hari
sebelum kursus bermula. Walau bagaimanapun, pengganti dibenarkan dan tiada caj tambahan
dikenakan.
4. Yuran pengurusan sebanyak 20% dikenakan sekiranya pembatalan dibuat dalam masa lebih 14
hari sebelum kursus bermula.
5. Pihak akademi berhak membuat apa-apa pindaan/perubahan kepada tarikh kursus, tempat
kursus, modul latihan dan fasilitator sekiranya berlaku perkara diluar jangkaan.