FAQ
1. Kenapa tempat terhad?
Tempat adalah terhad kerana kami mahu memberikan perhatian kepada setiap peserta.
Cara ini akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan terkawal.
2. Siapa yang patut mengikuti kursus ini?
Mereka yang telah mengikuti Kursus Tour Leader Tahap I atau Tahap I & II serta pernah
menjadi Tour Leader patutu menyertai kursus ini.
3. Kenapa kos sehingga RM780.00?
Kos yang sedemikian adalah kerana...
i) Ilmu serta kemahiran yang disampaikan sangat komprehensif dan bernilai tinggi.
ii) Tenaga pengajar adalah terdiri dari mereka yang sangat berpengalaman dan berkaliber.
iii) Kos menyediakan alat bantu mengajar yang berkualiti serta efektif adalah tinggi.
iv) Bayaran yang dibuat adalah termasuk pengangkutan untuk lawatan ke Singapura.
v) Bayaran adalah termasuk makan minum seperti berikut:
- Makan pagi 2 kali
- Makan tengahari 2 kali
- Minum petang 2 kali
4. Apakah ujian yang perlu dijalani?
Terdapat TIGA jenis ujian iaitu:
i) Pertama - peserta akan diuji kebolehan (kompetensi) menguruskan lawatan serta jemaah
secara berkumpulan.
ii) Kedua - peserta akan melalui ujian lisan secara individu.
iii) Ketiga - peserta akan menduduki ujian profesional bertulis.
5. Adakah penilaian lain selain daripada ujian?
Ya, peserta juga akan dinilai sepanjang kursus dijalankan iaitu dari sudut:
i) Kerjasama v) Disiplin
ii) Kebolehan berkomunikasi vi) Personaliti
iii) Kesopanan vii) Penampilan
iv) Tanggungjawab viii) Kebolehan menyelesaikan masalah
6. Berbaloikah membayar sehingga RM780.00?
Sangat berbaloi bagi mereka yang lulus dan terpilih mengetuai lawatan.
Contoh: Anda dipilih untuk mengetuai lawatan ke Eropah & London.
Faedah
i) Nilai pakej RM10,500.00
ii) Elaun Tour Leader RM 2,000.00
iii) Tips RM 2,000.00
Jumlah Faedah RM14,500.00
* Contoh diatas adalah anggaran purata sahaja.
7. Kenapa kursus ini sehingga 3 hari?
Ia diadakan selama 3 hari bagi tujuan memperkukuhkan kemahiran peserta dalam mengetuai
rombongan.
8. Berapa banyak peluang untuk saya mengetuai lawatan?
Biasanya seorang Tour Leader freelance akan berpeluang mengetuai lawatan sebanyak 2-3 kali
setahun bergantung kepada prestasi dan pengalaman.